Jumaat, 29 Oktober 2010

BENDERA-BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA

Bendera dan lagu kebangsaan ialah lambang kebesarn sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaannya sendiri.
Bendera Malaysia mengangdungi 14 jalur merah dan putih. Jalur merah dan putih ini membawa maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan Persekutuan.
Bendera Malaysia mempunyai empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan biru. Warna biru tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja. Bulan sabit lambang agama Islam negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan  13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan.

 

 
 
MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA


  • JANGAN LETAK BENDERA DI ATAS TANAH.


  •  JANGAN BIARKAN BENDERA MELERET KE TANAH SEWALTU MENURUNKANNYA.

  •  JIKA BENDERA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAN BAWA IA MASUK  PADA WAKTU PETANG.

  •  JIKA HENDAK MENGIBARKAN BENDERA SEPARUH TIANG,                                  NAIKKAN  DAHULU SEPENUH TIANG, KEMUDIAN BARULAH TURUNKAN.

  • JANGAN GUNAKAN BENDERA SEBAGAI ALAS MEJA ATAU PENUTUP SESUATU BENDA, KECUALI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN. MISALNYA UNTUK MENUTUP KERANDA.

  • TALI BENDERA HENDAKLAH SENTIASA DIPERIKSA. PASTIKANIA TEGUH DAN TIDAK MUDAH PUTUS.



           BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA



PERLIS INDERA KAYANGAN

                                        

BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN 
Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat. 
Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda. 


KEDAH DARUL AMAN


BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
 Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun. 
Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. 
Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan
 penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman. 


SELANGOR DARUL EHSAN


BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu 
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang 
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya 
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi 
bahagian-bahagian negeri ini. 


PAHANG DARUL MAKMUR


BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
 Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. 
Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan 
bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang 
bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas
 hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai 
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa 
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, 
adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah 
negeri yang beraja dan berdaulat. 


KELANTAN DARUL NAIM


BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
 Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan 
Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.


TERENGGANU DARUL IMAN


BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN 
 Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah 
hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat 
Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. 


JOHOR DARUL TAKZIM


BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM 

 Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. 
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. 
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

PERAK DARUL RIDZUAN


BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. 
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Pe
rak Darul Ridzuan. 
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. 
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.


MELAKA DARUL AZIM


BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM
 Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan 
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak
bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia. 


SARAWAK BUMI KENYALANG


BENDERA SARAWAK BUMI KENYALANG
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.


SABAH DI BAWAH BAYU


BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU 
 Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas 
bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, 
berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar 
dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih 
dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, 
putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
 Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan
 dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian 
yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan 
Kerajaan Negeri Sabah. 


PULAU PINANG PULAU MUTIARA


BENDERA NEGERI PULAU PINANG
 Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
 membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan 
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. 


WILAYAH PERSEKUTUAN

 

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
  • Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
  • Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
  • Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
  • Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
  • Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.


1 ulasan:

  1. Salam..
    boleh saya tahu maklumat ini diambil dari mana? dan kenapa kita tak boleh jadikan bendera sebagai alas meja? (krna tiada sumber dari kementerian penerangan pon)

    BalasPadam